Waktu saya beli perodua myvi dulu tak pernah terfikir untuk convert atau modified kereta. Maklum la dengan latarbelakang sebagai seorang penunggang scooter nak naik kereta sekali sekala pon susah. Selepas graduate saya mampu untuk membeli sebuah kereta dan yang mampu dimiliki dengan gaji pada waktu itu adalah perodua myvi.
Gambar internet |
Kemudian saya bertukar tempat kerja ke Kuala Lumpur dan disini bermulanya perjalanan kereta myvi saya ke arah JDM - Japanese Domestic Market. Dengan menaiki scooter saya menjelajah ke beberapa kedai halfcut di sekitar Kuala Lumpur termasuk Selangor. Bodypart Toyota Passo Racy Saya beli di Kepong di sebuah syarikat import export. Pengalaman pertama memanjat kontena untuk melihat barang memang tidak dapat dilupakan.
Gambar internet |
Saya pada waktu tu menyewa di sebuah apartment kos rendah di Bandar Tasik Selatan. Bayangkan setelah membeli bodypart terpaksa pula angkut barang-barang tu naik ke rumah di tingkat 12. Waktu tu minat mengatasi segala-galanya. Pernah makcik-makcik bertanya kepada saya adik ne bukak bengkel ke kat rumah? hehehe saya hanya tersenyum. Nasib baik lift rumah agak besar dan muat untuk angkut bonet bumper dan sebagainya.
Gambar internet |
Setelah memperolehi bodypart depan & belakang saya tidak terus memasang sebaliknya diperam didalam bilik di rumah sewa kerana perlu mengumpul duit dulu untuk cat & pasang. Waktu tu saya ade berkenalan dengan sorang otai yang tinggal di Klang Lama dan beliau meruapakan orang lama dalam arena passo boon di malaysia ini dan mula lepak bersama untuk menambahkan ilmu. Dengan bantuan otai tersebut saya berjaya memasang bodypart yang telah diperam selama beberapa bulan dan mulai daripada hari itu perodua myvi saya telah berubah wajah ke Toyota Passo Racy.
Toyota Passo Racy |
Kesemua gambar yang saya guna dalam artikel kali ini adalah gambar hasil carian di internet. Pada waktu saya mula convert dahulu akses kepada internet serta penggunaan telefon pintar belum lagi digunakan secara meluas seperti sekarang. Saya ada mengambil beberapa gambar semasa proses converting dahulu tetapi telah tiada dalam simpanan saya.
Ne adalah Gambar sebenar kereta saya |
Walaupun sudah beberapa tahun berkecimpung dalam arena passo boon ne saya masih lagi belum puas dan mungkin masih meneruskan minat untuk beberapa tahun lagi. Artikel berkaitan penukaran bahagian dalaman akan dikeluarkan pada post yang akan datang.
#Lovepassoboon