Tuesday, December 17, 2013

TOYOTA PASSO DAIHATSU BOON DI MALAYSIA

Kedua-dua buah kereta ini sebenarnya adalah daripada model yang sama dikeluarkan oleh Toyota & Daihatsu & mula berada dipasaran  negara  jepun pada awal tahun 2005. Di Malaysia kedua-dua model ini adalah mirip kepada Myvi yang dikeluarkan oleh Perodua. Mempunyai bentuk chasis yang sama memudahkan kerja-kerja penambahbaikan dibuat oleh kebanyakkan pemilik Perodua Myvi di Malaysia untuk CONVERT kereta myvi mereka kepada model Toyota Passo @ Daihatsu Boon. Mungkin bagi sesetengah orang di Malaysia melihat sebuah kereta myvi yang telah diubahsuai menjadi toyota passo adalah pelik atau menjengkelkan. Maklum la kereta buatan tempatan tapi ada hati menggunakan logo Toyota / Daihatsu. Namun jika dikaji daripada aspek salah-silah wujudnya Perodua sebenarnya mempunyai hubungkait dengan syarikat Daihatsu Motors Japan. Proses ubahsuai tersebut sebenarnya menggunakan bahagian-bahagian Toyota Passo /Daihatsu Boon yang asli (original) yang diperolehi daripada kedai Halfcut. Kedai-kedai halfcut / spareparts kereta terpakai ini mengimport bahagian-bahagian kereta daripada model Toyota Passo / Daihatsu Boon ini daripada negara jepun kerana permintaan yang tinggi di Malaysia. Sesetengah peminat tegar kenderaan ini sanggup membeli sebuah kereta Toyota Passo / Daihatsu Boon secara CKD (Complete Knock Down) dan menyalin keseluruhan bahagian kecuali chasis myvi mereka bagi mendapatkan Feel JDM.

TOYOTA PASSO

DAIHATSU BOON

Kedua-dua model kereta ini menggunakan base enjin yang sama dengan model myvi iaitu K3VE (1.3 cc) & 1KRFE (1.0 cc). Namun terdapat perbezaan dari segi pemanduan /  handling kerana kedua-dua model ini menggunakan EPS iaitu electronic power steering manakala myvi masih mengekalkan penggunaan pam hidraulik yang konvensional. Kedua-dua model diatas ini merupakan model asas (basic) dan terdapat pelbagai penambahbaikan kepada model ini sehingga pengeluarannya ditamatkan pada tahun 2010.


PAPAN PEMUKA MODEL JEPUN

Model yang bercirikan sporty turut dikeluarkan iaitu Toyota Passo Racy / Daihatsu Boon Custom & Daihatsu Boon X4 ( turbocharged). Perubahan pada bahagian hadapan (bumper) atau dipanggil new facelift bagi model asas (basic) turut dibuat tahun 2007. Model-model lain akan diulas dalam artikel yang akan datang.

No comments:

Post a Comment