Thursday, September 19, 2013

Rocker Cover Oil Seal Replacement For Myvi 1.3 (K3VE)




Aktiviti hujung minggu apabila ada masa terluang. Saya decide untuk buat servis biasa tukar oil filter & engine oil. Meter trip menunjukkan angka mencecah 6000 km lebih. Kesibukan yang melampau menyebabkan saya tiada masa untuk membelek kereta. Setelah dibuka bumper saya terperasan yang rocker cover ade leaking. So saya start yamaha ego dan run pergi sparepart untuk beli getah oil seal untuk rocker cover. Alang - alang buka cover saya decide tukar terus getah oil seal sebab belum pernah ditukar. Untuk makluman, getah seal adalah daripada model kembara 1.3 DVVT. Sama sahaja dengai myvi.

So mula - mula saya bukak cover menggunakan spanar T-10. Keluarkan cover dan cuci. Saya buang tinggalan gam pada head menggunakan pisau kecil & nipis. Bahagian membuang tinggalan gam adalah keje remeh yang terpaksa dibuat untuk mengelakkan berlakunya kebocoran apabila getah baru digunakan nanti. Setelah selesai, saya lekatkan getah oil seal baru pada rocker cover dan gam disapukan pada getah. Rocker cover diletakkan semula pada silinder head dan skru diketatkan. Skru perlu diketatkan secara sekata bagi mengurangkan risiko kebocoran.

Minyak enjin yang baru beserta dengan penapis minyak yang baru dipasang. Enjin dihidupkan dan kesan sekiranya terdapat kebocoran.

Gam Gasket - gambar contoh
Contoh Pisau Kecil Seperti Yang warna Hijau

Keseluruhan proses adalah amat mudah namun jika dihantar ke Workshop mungkin anda akan dicaj hampir RM100 tanpa minyak enjin & penapis minyak enjin. Tiada special tools digunakan. 

7 comments:

  1. Salam bro. Saya baru tukar minyak hitam. Kalau saya buat seperti di atas tanpa menukar minyak hitam boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.....boleh xde masalah sebab minyak hitam dalam keadaan statik x mencecah ke HEAD.....cuma dipam naik ke HEAD bile enjin dihidupkan. Alang-alang encik bukak cover....boleh la cat bagi nampak berseri enjin bay

    ReplyDelete
  3. Bro, myvi mau tukar head gasket kene buka plug ke?

    ReplyDelete
  4. Salam.bosku
    Kalau myvi air masok dlm engin tue tanda head gasket rosak ker apa bosku...

    ReplyDelete
  5. salam..bosku..klu nak tukar o ring dkt perumahan oil filter .. sudah buka nut 12 2 biji kiri kanan..pastu bukak yg mna lg..xleh nk cabut..myvi 2007

    ReplyDelete
  6. Ada kawan kata... Kena tukar valve cover baru.. Kalau leaking.. Puas den cari valve baru.. Mana ada... Kencing punya kawan... Tukar gasket je.. Rupanye

    ReplyDelete