Thursday, January 2, 2014

Myvi Passo Boon 1.5CC

Myvi mempunyai kapasiti enjin 1.3 liter dengan kod enjin K3-VE yang turut dikongsi oleh model daripada keluaran Toyota ( PASSO, DUET, RUSH ) , Daihatsu (BOON, YRV, STORIA) & Subaru (JUSTY). Keupayaan enjin ini terbukti kerana banyak digunapakai pada chasis yang berlainan. Namun bagi peminat modifikasi kereta, keupayaan enjin 1.3 liter mungkin masih belum mencukupi dan mula membuat modifikasi dengan memasukkan enjin 1.5 liter kedalam chasis myvi mereka.

Model enjin yang bersesuaian untuk digunakan pada chasis myvi adalah daripada model Toyota Passo Sette / Daihatsu Boon Luminas dan dikenali dengan model Perodua Alza di Malaysia. Ketiga-tiga model tersebut berkongsi platform enjin yang sama iaitu 3SZ-VE.

Toyota Passo Sette


Daihatsu Boon Luminas



3SZ VE  (minkara blog)



3SZ VE

Enjin 3SZ VE menjadi pilihan utama bagi penggemar enjin NA untuk menaiktaraf keupayaan myvi mereka kerana hanya memerlukan modifikasi yang minimum. Tahap minimum adalah dikira apabila penukaran enjin dibuat tetapi masih menggunapakai sistem gantungan (Engine Mounting) asal myvi. Timing Cover 3SZ VE perlu ditukar kepada Timing Cover myvi. Sekiranya myvi tersebut telah membuat penukaran sistem papan pemuka passo dan menggunakan wiring passo/boon, maka kesemua soket wiring elektronik adalah plug & play.

Terdapat juga pengguna enjin K3 VE / K3 VET yang menggunakan Cylinder Head 3SZ VE bersama dengan Throttle Body 3SZ VE kerana rekabentuknya yang lebih besar daripada segi Valve dan bukaan Throttle Body.

Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan enjin K3 VE, antara cara mudah untuk mengecam enjin 3SZ VE selain daripada melihat kod enjin pada blok adalah bentuk kotak angin ( Air Cleaner) & Dipstick yang sedikit berbeza.




1 comment:

  1. Hi,kalu nk masuk head 3sz apa² parts perlu stanby? Atau hnya beli cylinder head plug and play? Setahu ak head 3sz tinggi sedikit? Tq reply

    ReplyDelete