Waktu saya beli perodua myvi dulu tak pernah terfikir untuk convert atau modified kereta. Maklum la dengan latarbelakang sebagai seorang penunggang scooter nak naik kereta sekali sekala pon susah. Selepas graduate saya mampu untuk membeli sebuah kereta dan yang mampu dimiliki dengan gaji pada waktu itu adalah perodua myvi.
Gambar internet |
Kemudian saya bertukar tempat kerja ke Kuala Lumpur dan disini bermulanya perjalanan kereta myvi saya ke arah JDM - Japanese Domestic Market. Dengan menaiki scooter saya menjelajah ke beberapa kedai halfcut di sekitar Kuala Lumpur termasuk Selangor. Bodypart Toyota Passo Racy Saya beli di Kepong di sebuah syarikat import export. Pengalaman pertama memanjat kontena untuk melihat barang memang tidak dapat dilupakan.
Gambar internet |
Saya pada waktu tu menyewa di sebuah apartment kos rendah di Bandar Tasik Selatan. Bayangkan setelah membeli bodypart terpaksa pula angkut barang-barang tu naik ke rumah di tingkat 12. Waktu tu minat mengatasi segala-galanya. Pernah makcik-makcik bertanya kepada saya adik ne bukak bengkel ke kat rumah? hehehe saya hanya tersenyum. Nasib baik lift rumah agak besar dan muat untuk angkut bonet bumper dan sebagainya.
Gambar internet |
Setelah memperolehi bodypart depan & belakang saya tidak terus memasang sebaliknya diperam didalam bilik di rumah sewa kerana perlu mengumpul duit dulu untuk cat & pasang. Waktu tu saya ade berkenalan dengan sorang otai yang tinggal di Klang Lama dan beliau meruapakan orang lama dalam arena passo boon di malaysia ini dan mula lepak bersama untuk menambahkan ilmu. Dengan bantuan otai tersebut saya berjaya memasang bodypart yang telah diperam selama beberapa bulan dan mulai daripada hari itu perodua myvi saya telah berubah wajah ke Toyota Passo Racy.
Toyota Passo Racy |
Kesemua gambar yang saya guna dalam artikel kali ini adalah gambar hasil carian di internet. Pada waktu saya mula convert dahulu akses kepada internet serta penggunaan telefon pintar belum lagi digunakan secara meluas seperti sekarang. Saya ada mengambil beberapa gambar semasa proses converting dahulu tetapi telah tiada dalam simpanan saya.
Ne adalah Gambar sebenar kereta saya |
Walaupun sudah beberapa tahun berkecimpung dalam arena passo boon ne saya masih lagi belum puas dan mungkin masih meneruskan minat untuk beberapa tahun lagi. Artikel berkaitan penukaran bahagian dalaman akan dikeluarkan pada post yang akan datang.
#Lovepassoboon
Adakah bodykit seperti ini masih dibenarkan oleh JPJ?saya masih baru mrngenali dunia myvi?minta pencerahan dr saudara
ReplyDeleteTq
SETAKAT YANG SAYA TAU....DI MALAYSIA SEBARANG PERUBAHAN PADA BENTUK LAMPU ADALAH TIDAK DIBENARKAN KECUALI MEMBUAT PERMOHONAN BESERTA DENGAN BLUEPRINT & PEMERIKSAAN KHAS BAHAGIAN TEKNIKAL JABATAN TERSEBUT. MOHON AJUKAN PERTANYAAN INI KE BAHAGIAN TEKNIKAL JABATAN BERKAITAN. TQ
ReplyDeleteSalam tuan gimi,
ReplyDeleteAku dah byk kali baca entri pasai bot projek. Bleh share setup?
Enjin, suspension, brake dan exhaust?
Hantaq kat email pun takpa, rauflahab@gmail.com
TQ, Tuan saya punya setup untuk suspension, exhaust & brake masih dalam keadaan stock (standard). Cuma sedikit penambahan sistem turbo (turbo kit) pada enjin asal myvi K3-VEversion 2007. Turbo kit tersebut diambil daripada enjin K3-VET yang asalnya pada chasis YRV.
ReplyDeleteBodypart passo racy brapa harga n scoop boonx4 brapa tgh survey harga
ReplyDeletehehhe...tuan aaa....harga bodypart berubah mengikut pasaran....tp harga scoop original dalam 700-800. tq
ReplyDeletePenat jer aku taip...tetiba je blank..hampes... Nak ucap terima kasih... sbb share knowledge ni... Rajin2 la posting lagi. Aku tgh research utk BOT myvi auto aku. Sbb ada org kata 2007+ myvi ni lagi elok buat BOT dari swap K3-vet... terus ngidam nak BOT gak. Pape pun terima kasih sekali lagi sbb share knowledge...
ReplyDeleteSEMOGA TUAN BERJAYA PROJEKKAN KETA TU HEHE....saya skarang da kurang posting sebab sibuk....insyaAllah jika ada kelapangan saya akan post lagi terutama part teknikal. Jika ade kemushkilan sila komen jika saya tau saya akan jawab atau cari jawapan dengan kawan2...
ReplyDeleteTuan saya nk tanya,brapa boost kreta tuan?dan lama mana da pkai bolt on turbo??sesuai x kreta myvi nak main boost tinggi??
ReplyDeleteBOOST KETA SY STANDARD SHJ DLM LINGKUNGAN 0.5-0.6 BAR. DALAM 3 TAHUN STILL PAKAI SETUP NE TANPA MANAGEMENT ( BERISIKO ). DENGAN TUNING MANAGEMENT DAN SETUP BRG ENJIN YANG BETUL TIADA MASALAH UTK BOOST TINGGI.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan. Bleh rekomenkan sy mana2 kedai yg ade jual bodykit Boon pd harga yg berpatutan? Sy tinggal area Puncak Alam... Tq..
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan. Bleh rekomenkan sy mana2 kedai yg ade jual bodykit Boon pd harga yg berpatutan? Sy tinggal area Puncak Alam... Tq..
ReplyDeleteTuan cari kt FB type : KEROLL GARAGE
ReplyDeleteDie area shah alam & trusted seller. Sahabat lama sy
السلام عليكم
ReplyDeletekalau area2 kepong ade ke bro bodypart boonx4 tu? baru ke halfcut? harga lingkungan? maaf byk bertanye excited lebih ��
boleh ke convert bodypart myvi ke passo?jupe JPJ kne surat ke lepas?kalau baca ni https://paultan.org/2017/05/12/tukar-logo-jenama-dan-panel-badan-kenderaan-salah/ memang tak lulus. kot² la ada yang dah buat,tapi lulus. cer share cara² nak bagi lulus.
ReplyDelete