Monday, January 21, 2013

B.O.T aka Bolt On Turbo Myvi K3-Ve

Dulu waktu mula - mula minat nak modified kereta saya tak berapa minat dengan modifikasi enjin. Saya bermula dengan menyalin bodypart dan kemudian sampai habis salin hehehe. Enjin maintain standard je so kemudian timbul  minat baru nak buat modifikasi enjin. Memandangkan enjin yang saya pakai sekarang iaitu K3-VE mempunyai asas yang lebih kurang sama dengan enjin K3-VET saya membuat keputusan untuk menambah T pada K3-VE ini.
Ehsan Google
                                                                       

Semua bermula apabila saya dapat membeli Turbo Kit standard YRV@K3-VET dengan harga yang berpatutan. Antara item yang diperolehi adalah :

1. Turbo standard YRV - RHF4 VQ41 + Manifold Exhaust




                                                                      
2. Intercooler standard YRV + Semua Piping daripada Throttle Body sampai ke Turbo


3. Map Sensor Standard YRV

Ehsan Google
                                                                         
4. Injektor Standard YRV

Ehsan Google
                                                                               
                                                                              

Pada awalnya saya bercadang untuk menambah Turbo Kit sahaja tanpa menyentuh bahagian dalaman enjin. Namun setelah memperolehi piston standard Yrv dengan harga yang murah maka bahagian dalaman enjin terpaksa dibuat Top Overhaul untuk memasang piston. Piston Yrv mempunyai saiz yang sama dengan standard K3-VE iaitu 72mm Diameter. Perbezaannya adalah piston K3-VE merupakan piston jenis High Compression berada dalam kategori NA manakala piston Yrv adalah jenis Low Compression dalam kategori Turbo Charger. Walaupun piston K3-VE adalah jenis High Compression, tetapi bentuk permukaan piston adalah lebih kurang sama sahaja dengan Yrv. Namun demikian piston Yrv adalah lebih dalam tahap lengkup pada permukaan piston yang meletakkan ianya dalam kategori Low Compression. Tujuan menggantikan piston standard ke piston Yrv adalah untuk menurunkan nisbah compression enjin.

Ehsan Ir Kadok
                                                                       
Pemasangan turbo kit pada enjin standard K3-V3 ini boleh dikatakan dipasang hampir sama dengan enjin K3-VET. Turbo RHF4 yang mempunyai laluan minyak & air pada enjin asal Yrv turut dipasang laluan untuk minyak & air pada enjin K3-VE. Silinder Blok asal Yrv mempunyai outlet untuk minyak & air yang disambung ke turbo manakala enjin K3-VE tiada outlet tersebut. Outlet untuk minyak diambil di tempat dimana lokasi pressure switch dipasang manakala outlet untuk air pula diambil daripada drain outlet pada silinder blok. Laluan minyak & air ke turbo perlu disambungkan dengan laluan return bagi melengkapkan sistem. Laluan return untuk minyak daripada turbo disambungkan ke oil sump manakala laluan return untuk air disambungkan ke hose paip radiator.

T Joint untuk Oil Feed Turbo
Inlet Untuk Oil Return @ Oil Sump

Kebiasaanya pomen tidak memasang laluan air ke turbo untuk kereta dalam ketegori Kcar. Namun saya  mengambil keputusan untuk membuat laluan air ke turbo kerana pomen ingin menyalin sistem yrv pada k3-ve ini. Harus diingatkan pemasangan laluan air dengan meniru laluan asal pada enjin yrv agak berisiko kerana perlu membuat outlet drain daripada silinder blok. Pemasangan laluan air boleh memanjangkan jangka hayat penggunaan Turbin. Terdapat juga pemasangan laluan air ini dibuat dengan mengambil sumber daripada paip air ke Throttle Body bagi mengelakkan daripada menebuk silinder blok.

Setelah semua proses pemasangan siap, enjin ini berjalan lancar dengan nilai Boost 0.4 Bar. Enjin k3-ve yang mempunyai transmisi automatik ini hanya menggunakan setup Low Boost bagi  mengelakkan daripada kerosakan pada Gearbox standard. Boost mula masuk pada RPM 1.5 dan mencapai Full Boost pada RPM 3 hingga 4.5. Enjin ini tidak menggunakan bantuan alat elektronik tambahan untuk ECU dan masih mengekalkan ECU asal passo. Adalah lebih baik sekiranya penambahan alat elektronik seperti Emanage yang berfungsi sebagai Piggyback Kepada ECU asal agar bacaan nisbah udara & minyak dapat dibuat dengan lebih baik dan kemungkinan dengan tuning yang baik nilai boost boleh ditingkatkan untuk memberikan lebih kuasa kepada enjin.


Happy Boosting Ayoh






71 comments:

  1. salam bang boleh x share dkat mana buat bolt on ni mekanik mana? bro ad fb x? sng mahu chat tq

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam....Tuan boleh search kat facebook- SAF MYVI TURBO COMMUNITY....kat dalam tu ramai geng2 BOT/YRV.....awak join n post kat wall nnt saya tegur

    ReplyDelete
  3. ok bro..sy dah search xde yg ad trading punya maybe close group, atau secret between facebook saya nazweimpik@hotmail.com

    ReplyDelete
  4. http://www.facebook.com/groups/SAFmyviturbo/
    atau try pm brader ne utk masuk ke group - http://www.facebook.com/daun.hijau.98?group_id=285555821530504

    ReplyDelete
  5. bro, saye pnye mybi milege bru 5ribu, tapi dah plan nk bot lah bro, brapa total cost semua ni?

    ReplyDelete
  6. enjin baru la sedap buat BOT hehehe.....harga xsure sgt sebab if dapat barang harga murah...murah la kos die...hehe

    ReplyDelete
  7. nak mntk abg2 skalian tolong adik nie... ada sesiapa tau x pomen mane kat area subang-PJ-shah alam bole buat convert k3ve ke k3vet..

    ReplyDelete
  8. u try masuk FB yrv k3vet club.....maybe dlm situ ade yg tinggal area subang/pj

    ReplyDelete
  9. hi bro, bolt on turbo kt k3ve ngan manual gearbox myvi bleh tahan lama ke bro? lets say with low boost.

    ReplyDelete
  10. Sy BOT ngn gearbox auto myvi....so far so good tp xde la laju. Kwn2 yg buat kt enjin manual ade yg kate possible utk kaput @gear 3.....mayb sbb gear 3 paling sedap tarik hehehe....tp if setakat boost below 0.7 no hal rasenye....

    ReplyDelete
  11. gear 3 sy kalau tarik sampai 5k rpm mmg ada bunyi "krek", tu yg bingung tu.. sbb sy planning nak bolt on myvi manual sy jugak guna stock yrv turbo kit. tgh research la ni.
    so brapa top speed pnah bro cuba? sampai 180kmh? :)

    ReplyDelete
  12. sy pakai speedo meter passo. mase NA dulu if hiway mmg selalu cecah 180km/j.....skarg ne lebih kurang je top...cuma if time NA dulu if tekan nk cecah 160km/j tu amik mase cket....tp bile da turbocharged ne kejap je

    ReplyDelete
  13. Salam bro, sy ade beberapa soalan nk tanye sikit tentang engine management yg bro tgh pakai skrng ni. Wiring dan ECU masih lagi yg asal K3-VE Myvi N/A tapi cuma tukar MAP Sensor dan Injector kepada K3-VET YRV Turbo betul? Tiada apa2 piggyback management? Nisbah Udara dan Petrol ngam x klau boost dalam 0.5bar?

    Sebab saya pun tengah plan nk BOT Myvi stended. Barang2 dah ada complete cuma kurang confident dgn ketahanan engine di masa kelak nanti (Takut minyak x cukup time boost). Sekian, Wassalam.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih tuan kerana singgah di blog sy ini. Ya saya hanya tukar injektor & MAP sensor. Untuk pengetahuan tuan, tanpa menukar MAP & injektor pon BOT boleh dibuat kerana MAP standard/NA bole menampung sehingga 1 BAR boost. Namun Mekanik saya menasihatkan Injektor & map ditukar kepada Turbo version bagi mendapatkan feel standard turbo/ K3Vet. Berkenaan konfiden, perkara yang sama juga bermain di fikiran, namun alhamdullilah sehingga hari ini sudah masuk 2 tahun saya turbo charged kereta saya tanpa sebarang masalah. Jika BOT tanpa penambahan BOOST CONTROLLER/ TULANG IKAN, tuan akan mendapat range antara 0.4 - 0.7 Boost. JIka setelah BOT Boost mencecah 0.7, adalah dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan pada PLUG bagi mengenalpasti samaada minyak mencukupi atau tidak. Nasihat saya, tambahkan management untuk jangka masa panjang. Selamat mencuba & berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bosku..sy ada ckit prsoalan nk tnya..klu BOT tnpa tukar Piston boleh tak ...pstu jika dh psang BOT mcm mna nk set low boost..adalah kna pkai management jgk..Trima msih bos.

      Delete
  15. rujuk entry ini
    http://mypetitemyvi.blogspot.com/2013/02/spark-plugs-turbocharged-condition.html

    ReplyDelete
  16. Bro bole add fb sy x? Aksesori kereta din lee.. Nk tanya pasal bot yrv kit nie. Hehe.
    Xpn bole whatsapp n wechat.. 0162334987 / expired87..

    ReplyDelete
  17. salam bro... boleh tak rekomen tempat untuk saya pasang turbo kit yrv kat myvi saya.. dan ada masalah atau tidak jika saya hanya pasang turbo kit yrv tanpa tukar piston asal myvi 1.3 saya? minyak kuat tak pasang benda ni sebab saya guna kereta untuk ulang alik ke tempat kerja 200kmj sehari..

    ReplyDelete
  18. Terima Kasih tuan sudi menjengah Blog saya. Untuk pengetahuan tuan, piston myvi boleh digunakan sekiranya tuan ingin Bolt On Turbo Kit. Walaupun Myvi merupakan enjin NA, namun piston enjin K3VE ini terdapat sedikit kawah. Piston piston low compression berbentuk kawah manakala piston high compression sebaliknya. Mungkin kekuatan material menghadkan tahap tekanan BOOST. Penambahan turbo kit pada enjin K3ve boleh dikategorikan sebagai light turbocharge dan sekiranya menggunakan setup yang sesuai tiada masalah. Saya sendiri merupakan warga pantai timur dan kereta saya kerap berulang alik ke Terengganu & Kelantan. Alhamdullilah setakat ini masih tiada masalah. Selamat mencuba. Sekiranya tuan di Kuala Lumpu / Selangor boleh cuba bengkel Turbodottcomm autoparts ( cari Turbodottcomm di FB ). Mereka antara yang berpengalaman dan rajin untuk RnD.

    ReplyDelete
  19. terima kasih tuan.. saya duk kuala terengganu dan asal kota bharu.. kerja jerteh.. tiap2 hari long distand kt-jerteh.. ingt nk cari la tmpt terbaik untk pasang turbo kit yrv ni.. KL pun KL la janji cun..hehe.. ingt nk layan low boost je pun buat sedap potong lori je.. :)

    ReplyDelete
  20. Bengkel yang saya cadangkan diatas tu salah sorang owner/pomen die orang terengganu, GOng Badak. Kalu hantar kereta mayb dalam masa semiggu da siap. Nanti next year saya kene pindah kerja di Kuala Terengganu boleh la jumpa kenal-kenal or lepak

    ReplyDelete
  21. Molek tu bro... Kat gong badak dia xdak bengkel ka? Kalau ada boleh buat sini je xyah naik KL.

    ReplyDelete
  22. Sy salah seorg yg buat bolt on turbo pd myvi lagi best sy.. Oem turbo yrv.. Bleh tgk dlm fb sy Ady ducteam utk berkongsi pendapat.:-D

    ReplyDelete
  23. Ok boh....kite mmg da friend kt fesbuk hehehe.....nnt kelik ganu sy roger ajok minum2

    ReplyDelete
  24. Gearbox auto x tahan untuk turbo ke? Macam mana nak buat auto lebih tahan dengan power yang lebih?

    ReplyDelete
  25. Terima kasih....untuk makluman tuan saya sendiri menggunakan gearbox auto + turbo....sehingga hari ini masih berfungsi dengan cemerlang. tetapi saya bukan kaki lenjan or asyik nk boosting je hehehe...sy driv relax2....

    ReplyDelete
  26. bos,masih byk ke jual yrv turbo kit ni taun 2014 ni? sbb sy tgk kat mudah tak byk jmpa. range hrga kit ni dlm bpe bos kalau tak termasok piston. saya dok kuching sarawak.

    ReplyDelete
  27. Tq sudi singgah ke blog sy. Masih banyak lagi, selalu sy tgk arg mau jual di fesbuk...cuba join trading grup kt fesbuk eg: yrv k3vet trading n etc

    ReplyDelete
  28. bos mtk contact detail. byk bnda nk tnya huhu. ni email sy namakuajeel@yahoo.com

    ReplyDelete
  29. salam bos..nak tanya kat mana nak pasang turbo kit ni ya? sbb saya dah ada complete set..nk pnp kt myvi auto standard..saya tanya dekat turbodottcomm tu dia cakap xbuat kalau turbo kit org lain..mohon pencerahan bos..

    ReplyDelete
  30. Tuan Faizziz tinggal di area mane?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum, satu write up yang bagus tentang first hand experience menggunakan BoT dengan map sensor YRV.

    Sy dah bertanya ramai kaki turbo yang rata2 menggalakkan sekali piggyback dipasang, tapi hakikatnya nak layan soft turbo je, tak cecah 1bar pun. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    Makin confident nak maintain piston asal jika ada saranan orang yg lebih berpengalaman :)

    ReplyDelete
  32. Salam. Bro, tumpang tanya.
    Fuel rail dengan fuel pump pakai standard myvi punya balik ke?
    Sebab myvi standard tak ada return line kan compare dengan yrv?
    Terima kasih :-)

    ReplyDelete
  33. ye tuan pakai standard myvi sahaja. YRV juga tiada return line tapi boleh diubahsuai untuk dibuat return line. jika tuan guna turbo yang lebih besar dan juga setup untuk high boost (1.0 n ke atas) adalah disarankan untuk buat return line dan menukar fuel pump yang lebih besar beserta dengan tambahan fuel pressure gauge. Mengikut beberapa kawan yang juga BOT beliau juga menyatakan sekiranya tidak menukar injektor YRV dan mengekalkan injektor asal myvi adalah lebih elok jika di tune bersama dengan e-manage. Penggunaan injektor YRV terdapat situasi dimana berlakunya keadaan seolah-olah pancutan minyak terlalu lebih pada permulaan (semasa enjin sejuk). Saya juga turut mengalami pada permulaan namun sekrang sudah ok.

    ReplyDelete
  34. sebenarnya, saya menggunakan myvi 1.5.
    Adakah piston dan conrod 3sz-ve sama seperti k3-ve?

    ReplyDelete
  35. conrod 3SZVE lebih panjang daripada myvi/YRV. piston sama shj dengan myvi. hampir keseluruhan pattern enjin #SZVE adalah sama ddengan K3VE namun panjang conrod membezakan Cc antara 2 enjin tersebut. Disebabkan conrod lebih panjang maka 3SZVE agak sukar untuk di BOTkan....mungkin utnuk boost yang kecil masih boleh. Ini kerana conrod yang lebih panjang ( dan nipis) memberikan moment yang lebih besar dan ini tidak mampu ditampung oleh conrod tersebut. Sekiranya tuan boleh menukar conrod tersebut kepada yang lebih tebal (tahan) maka 3SZVE boleh menjadi projek BOT yang SUPERB

    ReplyDelete
  36. boleh tak sapa2 terangkan proses untuk bolt on turbo ke myvi 1.5..??
    ingn tahu la..

    ReplyDelete
  37. PROSES BOLT ON TURNO KE MYVI 1.5 ATAU KOD ENJIN 3SZ-VE ADALAH SAMA SAHAJA DENGAN MYVI 1.3 ATAU K3-VE. SILA RUJUK ULASAN SAYA PADA 4HB JUN 2014 UNTUK LEBIH PENJELASAN.

    ReplyDelete
  38. Hi, I'm Melih from Turkey. I need your help for my myvi. I cannot understand your language but ı can speak English. My mail adress is : a.melihkeskin@gmail.com
    My watsapp : +905075038979 contact me plz.

    ReplyDelete
  39. Salam bos...selain tukar conrod..camshaft mcm mana...sbb pakai myvi1.5...nak bolt on jgak...ada page BOT tuk 1.5 ker....sbb nak study dulu sblom lbh serius

    ReplyDelete
  40. Salam bos...selain tukar conrod..camshaft mcm mana...sbb pakai myvi1.5...nak bolt on jgak...ada page BOT tuk 1.5 ker....sbb nak study dulu sblom lbh serius

    ReplyDelete
  41. Salam bos..nak tnya ckit..sy myvi bolt on turbo. dan terdapat masalah setelah sy install wastegate dan up boost smpai 1.0...skrg ekzos keluar asap putih dan minyak hitam keluar dari ekzos..abih bersepah kt cermin belakang..boleh terangkan ape mslah dan jalan penyelesaiannya. (skrg dh tune blk boost kpd 0.5-0.7 dan turbo dh tukar baru tetapi masih keluar asap putih dan minyak hitam kat ekzos)..

    ReplyDelete
  42. Tuan bole try cek dulu samaada turbo tuan yang baru ditukar itu ade masalah atau tidak - fin goyang/leak. Kemudian try bukak plug dan tengok keadaan plug samaada basah atau tidak (berminyak). besar kemungkinan kereta tuan ade masalah dengan piston ring/block sleeve jika minyak hitam keluar / turbo rosak

    ReplyDelete
  43. Mounting engine 3szve sama x dgn k3ve.. sy sudah bot k3ve sy. Dan skng sedang tergila2kn kuasa hahaha.. terima kasih atas ulasan pasal conrod 3szve tu..boleh diswap dgn forged aftermarket conrod kalau cukup bajet huhu..sudah 3 tahun ber bot..rasa nk rebuild engine..alang2 1.5 terusssssss... ada tips tak taiko2?

    ReplyDelete
  44. Kedudukan mounting 3szve & k3ve adalah sama. kemungkinan ukuran tinggi rendah mounting adalah berbeza. Untuk install 3szve kedalam enjin bay myvi lama maybe perlu pakai mounting 3szve. Pada pendapat saya jika sebuah enjin k3ve yang telah diTURBOkan dan telah berjaya dituned sehingga reliable maka "keseronokan" k3ve & 3szve adalah hampir sama. Tetapi jika tuan berhajat untuk tunedkan 3szve up to optimum maka "keseronokan" 3szve berkemungkinan lebih lagi dari k3ve. Semoga tuan berjaya....problem pada enjin 3szve adalah untuk mendapatkan setting yang RELIABLE. Jika problem ini boleh diatasi maka.....keseronokan melenjan 3szveT amat gile hehe

    ReplyDelete
  45. salam, myvi saya skrg pakai enjin yrv. standart. turbo yrv dah kong. survey kt halfcut pon dlm rm600. cadang nak upgred turbo besar sket. ada cadangan tak untuk turbo yang sesuai dan tak banyak modifikasi pada tapak turbo?

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum.. sy amt tertarik dengan blog yg tuan hsilkn dan sy jg mrpkan slh sorg pggna myvi 1.3M. Sy ad tpikir nk convert kpda halfcut 1.3A passo racy. cuma nk mcri ilmu srba sdikit sblum buat. ni no. wassup sya 0194128807.. hrp tuan sudi berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  47. bukan ke bolt on turbo ni engin mudah sakit ke.. dah bnyak tmpat dah sy tnye.. ingt nk buat bolt on turbo kat kenari stendet sy.. last2 pegi sndiri kat pomen kg yg ramai orng kenal.. dia sndiri cakap bolt on turbo ni boleh buat tpi bnyak msalah di masa hadapan.. wlaupn piston dah tukar pakai yg turbo.. tpi kalau cylinder block stendet, block mudah rosak.. sbb besi tumpat block utk turbo ni jenis lain.. bukan sama dgn enjin NA.. sbb sy sndiri blaja automotif.. kebanyakan bengkel mensyorkan tukar enjin terus.. dari habiskan duit beribu utk bawak masalah lebih teruk pada masa depan.. tpi ikot hati masing2 lah.. kalau kaki tekan ni lagi cpat enjin kong.. selamat beramal.. cuma sedikit ilmu yg sy blaja utk di bahagikan bersama..

    ReplyDelete
  48. membazir duit je modified sana sini..lagi teruk jahanam nti..aku kena dh..

    ReplyDelete
  49. membazir duit je modified sana sini..lagi teruk jahanam nti..aku kena dh..

    ReplyDelete
  50. buat la bolt on turbo ni kalau nk tengok enjin hancur.. ramai dah buat lpas tu menyesal.. ambik halfcut terus xbanyak sakit..

    ReplyDelete
  51. pengalaman saya b.o.t...1.3jer...boos set 0.5bar...dh 3tahun duk pakai xpernah rosak enjin,cuma aku pakai emanage..bawak syok,nk overtake xpyh tukar gear tkan pergi..bkn buat race ye,pakai utk keselesaan..naik bukit senyum je...tukar enjin yrv xrosak ye..nasib je bro,enjin pon dari jepon silap pakai 2mnggu jahanam..melopong

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum dan salam sejahtera..sy ada myvi k3ve,bru nk berjinak2 dgn BOT..just nk minta pandangan..klu nk BOT,BOT yg mcm mane yg bagus? Dan bajet dlm brape?

    ReplyDelete
  53. B.O.T bole guna kit yang paling simple iaitu menggunakan turbo kits daripada enjin YRV Turbo K3VET. Apabila enjin sudah OK dan stabil serta tiada masalah tuan bole buat UPGRED dengan menukar turbo/piston/management dan macam-macam upgred lagi

    ReplyDelete
  54. Turbo kits daripada enjin yrv tu anggaran brapa harganya?buat turbo ni kne kelulusan jpj tak?

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. Saya baru bot myvi sy guna turbokit yrv + upgrade turbo vf33. Pegi dia sungguh menusuk kalbu.. Kipidap.

    ReplyDelete
  57. TERBAIK BOS. KALAU X SILAP VF BEARING TURBO KN...BUNYI PON SEDAP. BOLT ON UNTUK FUN DRIVE N SELF SATISFACTION....BAGI YG GAGAL DLM PROSES BOLT ON JGN KECEWA & KONDEM ORG LAIN....MAYB AWAK DILAHIRKAN UNTUK UNTUK MEMBAWA KERETA STANDARD....HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Ye bro.. Bunyi mcm kapal terbang.. Lain org lain cara.. Boosting sungguh nikmat.. Tp kaki kena jg..

      Delete
  58. Salam saya juga membuat pemasangan bolt on turbo untuk myvi.. berminat boleh hubungi 0122220714. Bengkel Am Auto Kajang Teman Koperasi cuepacks, www.am-auto.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik...peminat-peminat turbo bole roger beliau jika berminat

      Delete
  59. berapa kos buat Bot nie ye mcm berminat je nk buat wkwkw

    ReplyDelete
  60. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  61. So pakai map sensor Sahaja, tak perlu install e manage ya?

    ReplyDelete
  62. Boss nak tnye lar..boleh ajar x laluan air n minyk hehehe

    ReplyDelete
  63. Sy baru shj mengupgrade myvi 1.3m ke bot ni bernadikan RHF4 VF33..berdenyutt sungguh setiap kali kedengaran bilah kipas turbo berpusing..satu je nk tnye boost sesuai dfn enjin stendet myvi ni brpe boost ye..hurmm

    ReplyDelete
  64. assalamualaikum bang..saya nk mtak pendapat,buat masa skrg sy maseh lg tgah research untuk kereta myvi saya..1.3 manual tahun 2007..disini sy nk mntak pndapat,mana lg sesuai bang..masuk trus enjin yrv turbo ke atau bolt on turbo??

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum bang..sya ingin mencari manifold header yrv stock pnya? Ada yang jual x?trima kasih

    ReplyDelete
  66. Great and that i have a dandy offer: Does Renovation Increase House Value house remodeling company

    ReplyDelete