Wednesday, January 2, 2013

Scoop X4

Awal bulan 12 hari tu saya bawak family pulang ke kampung sempena perkahwinan adik perempuan, nadia. Seminggu sebelum balik kampung saya sempat DIY pasang scoop untuk top mount intercooler. Sempat pasang je tapi tak sempat cat. Agak mencabar untuk pasang scoop tu sebab rumah saya adalah jenis apartment 5 tingkat. Selamber je buka hood dan bawak naik atas rumah untuk drill lubang skru scoop serta tebuk lubang untuk air funnel scoop. Saya tak sempat nak snap gambar DIY sebab kerja dibuat secara rushing. Maklum la keta park kat bawah dengan tak ada hood nasib rumah saya tu bagi 1 parking berbumbung 1 lagi tak. Gambar kat atas tu diambil di rumah mertua.
Saya spray guna spray tin je tapi beli yang memang untuk cat keta dan color kod yang sama dengan warna keta. Walaupun da tau color tak akan jadi sama tapi sekurang kurangnya boleh la nampak lebih kurang sama. Tapi nasib tak menyebelahi sebab cuaca mendung dan angin kuat.
Bile buat kerja kat kawasan terbuka macam ne memang la tak berapa best. Orang yang duk lalu lalang pandang dan ada yang berhenti berbual tanya buat apa. So saya decide nak setelkan je walaupun cuaca mendung. LapisanClear menggunakan spray Clear biasa yang dibeli tahun lepas. Ada dalam suku tin lagi dan spray pun da tak cantik sebab da tak halus. Nozle da sumbat.

5 comments:

  1. salam bro scoop x4 brapa bro beli

    ReplyDelete
  2. Harga scoop original ne berubah mengikut yen. boleh order dekat Onn Tat rawang atau dekat R1.

    ReplyDelete
  3. nak tanya kalau pasang scoop ni enjin senang kotor ker? atau same jer?

    ReplyDelete
  4. nak tanya kalau pasang scoop ni enjin senang kotor ker? atau same jer?

    ReplyDelete
  5. Senang cket kotor daripada xde scoop...cuma if keta ade intercooler tu x kotor sgt sebab die almost ngam dgn kedudukan intercooler yrv

    ReplyDelete