Tuesday, February 19, 2013

Spark Plugs - Turbocharged Condition


Sabtu lepas saya berkesempatan untuk tukar spark plugs yang dah lama berkhidmat. Menurut pomen, keadaan spark plugs penting sebab enjin kereta saya telah diubahsuai daripada "Natural Aspirated" kepada "Turbo Charged". Komponen - kompenan yang bekerja untuk menghantar signal ke ECU seperti Map Sensor & Injector telah ditukar kepada komponen daripada sistem Yrv. Walaupun masih menggunakan ECU standard yang mana sesetengah orang berpendapat tidak dapat membaca sekiranya Boost masuk dan boleh menyebabkan penyelarasan minyak menjadi Lean seterusnya mengakibatkan kerosakan pada Piston.

Namun RnD (research & destroy) enjin ini menunjukkan keadaan spark plugs agak baik. Memandangkan enjin ini hanya dilaras untuk mendapatkan sedikit tambahan kuasa daripada Turbo dan hanya mempunyai bacaan Boost Standard yang rendah, memperolehi keadaan spark plugs yang tidak terlalu Lean adalah baik untuk jangka hayat enjin.
Sumber Google

Rujukan diatas boleh digunakan untuk membaca keadaan spark plugs. Dalam beberapa artikel yang dibaca, spark plugs mempunyai kadar suhu yang tertentu mengikut kesesuaian enjin. Contoh spark plug yang saya gunakan mempunyai no komponen DCPR7EA-9. No 7 merujuk kepada tahap suhu. Semakin rendah nilai semakin tinggi tahap suhu.




Plugs diatas menunjukkan keadaan yang hampir sama seperti rujukan. Untuk sementara waktu ini dengan enjin tanpa piggyback dan keadaan spark plugs seperti diatas enjin turbocharged kampung style saya ne harapnya boleh running tanpa masalah. 

5 comments:

  1. Tq....feel free to drop by @ anytime

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Brader jgn mengarut brader..DCPR7EA-9. No 7 tue tahap suhu. -9 tue gapping plug. Kaji dulu.

    ReplyDelete
  4. Betul bro...mayb ade kesilapan masa sy taip......Terima kasih atas keperihatinan tuan.

    ReplyDelete