Dulu waktu mula - mula minat nak modified kereta saya tak berapa minat dengan modifikasi enjin. Saya bermula dengan menyalin bodypart dan kemudian sampai habis salin hehehe. Enjin maintain standard je so kemudian timbul minat baru nak buat modifikasi enjin. Memandangkan enjin yang saya pakai sekarang iaitu K3-VE mempunyai asas yang lebih kurang sama dengan enjin K3-VET saya membuat keputusan untuk menambah T pada K3-VE ini.
Semua bermula apabila saya dapat membeli Turbo Kit standard YRV@K3-VET dengan harga yang berpatutan. Antara item yang diperolehi adalah :
Pada awalnya saya bercadang untuk menambah Turbo Kit sahaja tanpa menyentuh bahagian dalaman enjin. Namun setelah memperolehi piston standard Yrv dengan harga yang murah maka bahagian dalaman enjin terpaksa dibuat Top Overhaul untuk memasang piston. Piston Yrv mempunyai saiz yang sama dengan standard K3-VE iaitu 72mm Diameter. Perbezaannya adalah piston K3-VE merupakan piston jenis High Compression berada dalam kategori NA manakala piston Yrv adalah jenis Low Compression dalam kategori Turbo Charger. Walaupun piston K3-VE adalah jenis High Compression, tetapi bentuk permukaan piston adalah lebih kurang sama sahaja dengan Yrv. Namun demikian piston Yrv adalah lebih dalam tahap lengkup pada permukaan piston yang meletakkan ianya dalam kategori Low Compression. Tujuan menggantikan piston standard ke piston Yrv adalah untuk menurunkan nisbah compression enjin.
Pemasangan turbo kit pada enjin standard K3-V3 ini boleh dikatakan dipasang hampir sama dengan enjin K3-VET. Turbo RHF4 yang mempunyai laluan minyak & air pada enjin asal Yrv turut dipasang laluan untuk minyak & air pada enjin K3-VE. Silinder Blok asal Yrv mempunyai outlet untuk minyak & air yang disambung ke turbo manakala enjin K3-VE tiada outlet tersebut. Outlet untuk minyak diambil di tempat dimana lokasi pressure switch dipasang manakala outlet untuk air pula diambil daripada drain outlet pada silinder blok. Laluan minyak & air ke turbo perlu disambungkan dengan laluan return bagi melengkapkan sistem. Laluan return untuk minyak daripada turbo disambungkan ke oil sump manakala laluan return untuk air disambungkan ke hose paip radiator.
Kebiasaanya pomen tidak memasang laluan air ke turbo untuk kereta dalam ketegori Kcar. Namun saya mengambil keputusan untuk membuat laluan air ke turbo kerana pomen ingin menyalin sistem yrv pada k3-ve ini. Harus diingatkan pemasangan laluan air dengan meniru laluan asal pada enjin yrv agak berisiko kerana perlu membuat outlet drain daripada silinder blok. Pemasangan laluan air boleh memanjangkan jangka hayat penggunaan Turbin. Terdapat juga pemasangan laluan air ini dibuat dengan mengambil sumber daripada paip air ke Throttle Body bagi mengelakkan daripada menebuk silinder blok.
Setelah semua proses pemasangan siap, enjin ini berjalan lancar dengan nilai Boost 0.4 Bar. Enjin k3-ve yang mempunyai transmisi automatik ini hanya menggunakan setup Low Boost bagi mengelakkan daripada kerosakan pada Gearbox standard. Boost mula masuk pada RPM 1.5 dan mencapai Full Boost pada RPM 3 hingga 4.5. Enjin ini tidak menggunakan bantuan alat elektronik tambahan untuk ECU dan masih mengekalkan ECU asal passo. Adalah lebih baik sekiranya penambahan alat elektronik seperti Emanage yang berfungsi sebagai Piggyback Kepada ECU asal agar bacaan nisbah udara & minyak dapat dibuat dengan lebih baik dan kemungkinan dengan tuning yang baik nilai boost boleh ditingkatkan untuk memberikan lebih kuasa kepada enjin.
Ehsan Ir Kadok |

T Joint untuk Oil Feed Turbo |
Inlet Untuk Oil Return @ Oil Sump |

Happy Boosting Ayoh |