Thursday, March 21, 2013

Review Minyak Enjin K3VE

Biasanya saya menggunakan minyak enjin Perodua (Gold) 5W30. Minyak diperolehi daripada kawan saya dengan harga yang agak murah dan kebiasaanya saya hanya perlu beli Oil Filter sahaja di kedai spareparts.

Setelah berpindah jarak rumah dengan pembekal minyak underground jadi semakin jauh dan saya mengambil keputusan untuk bertukar ke jenama minyak lain. Tinjauan ke beberapa kedai spareparts menyebakan saya menjadi risau untuk membeli minyak enjin yang dijual. Sebagai contoh minyak enjin jenama Perodua boleh diperolehi dalam pelbagai variasi harga. Packaging yang teruk menyebabkan saya merasa tidak yakin. Kemungkinan minyak tersebut adalah minyak yang tidak original or re-filtered adalah agak tinggi. 

Minyak original Perodua yang diperolehi di pusat servis Perodua nampak lebih menyakinkan. Turut terdapat printed tarikh dibotolkan dan tarikh luput.



Minyak yang disyorkan oleh Perodua sebenarnya adalah minyak daripada jenama Petronas. Hanya dibotolkan semula dan menjadi minyak rasmi Perodua. Turut dinyatakan minyak ini telah DIUJI DAN DIIKTIRAF OLEH PERODUA & DAIHATSU MOTOR CORPORATION JEPUN.

So, saya decide untuk membeli minyak Petronas dan pembelian dibuat di stesen minyak Petronas. Minyak Petronas agak sukar diperolehi di kedai spareparts berkemungkinan untuk menjaga kualiti minyak tersebut. Tahap originality adalah lebih terjamin sekiranya pembelian produk dibuat di stesen minyak Petronas.




Dan hasilnya saya rasa enjin agak smooth dan sesuai dengan spesifikasi K3VE. Kemungkinan selepas ini saya akan cuba guna Petronas Gold Fully Synthetic yang harganya mencecah RM200. Kebanyakan rakan di Facebook yang menggunakan K3VET atau K3VE+T guna minyak enjin racing yang harganya lebih  mahal. Minyak Petronas semi sintetik yang saya guna sekarang adalah minyak enjin paling mahal saya pernah beli iaitu RM112 hehehehe.....berdasarkan pengalaman saya....enjin turbocharged lebih sesuai menggunakan minyak yang berkualiti.....hepi booooooooooosting rakan-rakan

Tuesday, March 5, 2013

View Tambahan Untuk Adam

Bestnye Tido
Adam semakin membesar dan cara paling sesuai untuk bawa Adam jejalan naik kereta ialah dengan menempatkan dia di kerusi bayi / Booster Chair. Namun menempatkan Adam di tempat duduk belakang menimbulkan satu masalah baru iaitu sukar untuk meninjau keadaan dia.

Untuk menyelesaikan masalah ini "View Tambahan" perlu dilekatkan di cermin hadapan. Dulu -dulu saya ingat cermin tambahan atau cermin make-up mat kereta panggil dilekatkan untuk suka -suka & eksyen sahaja. Setelah mengalami sendiri barulah saya menyedari kepentingan cermin kecik tersebut.


Gambar dibawah adalah bukti betapa Adam kini semakin mengganas.....hehehehe....we love him so much